Selepas pelbagai maklumat mengenai OnePlus 15 dikongsi oleh OnePlus sejak beberapa minggu lalu, kini OnePlus mengesahkan bahawa telefon ini akan dilancar pada hari Isnin, 27 Oktober 2025 di China jam 7:00 malam waktu tempatan.
Selain OnePlus 15, syarikat teknologi itu akan turut akan melancarkan telefon kelas pertengahan OnePlus Ace 6 pada hari yang sama. Mereka masih belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi Ace 6, namun mereka telah berkongsi gambar rekaan luaran serta pilihan warna.
OnePlus Ace 6 bakal ditawarkan dalam warna putih dan hitam, serta satu rekaan edisi khas dengan corak garisan dan perkataan “Ace” padanya.



Untuk OnePlus 15, ia bakal dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula setinggi 165Hz dan kecerahan minimum serendah 1 nit serta cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Pilihan warna untuk OnePlus 15 termasuklah perang Sand Dune, hitam Absolute Black dan ungu Mist Purple.



Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






