More

    OnePlus 9RT bakal dilengkapi Snapdragon 888, bateri 4,500mAh dan sistem penyejukan baharu

    OnePlus 9RT adalah peranti yang bakal dilancarkan pada minggu ini. OnePlus telah mendedahkan beberapa ciri dan peningkatan terbaru dalam telefon telefon pintar ini.

    OnePlus 9RT menyokong Warp Charge 65T yang merupakan versi pantas Warp Charge 65. Peranti menggunakan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas dengan hanya 29 minit dari kosong ke 100 peratus.

    Pengeluar itu mengatakan OnePlus 9RT dapat menyokong tambahan RAM maya 7GB dan memiliki LPDDR5 RAM 8GB atau 12GB. Sistem penyejukan OnePlus 9RT adalah antara yang terbesar dalam industri telefon pintar, merangkumi plat penyejuk 19067.44mm² yang selalunya hanya boleh didapati dalam tablet.

    Telefon ini dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 888, storan UFS 3.1, skrin Samsung E4 120Hz dan menggunakan ColorOS12 berdasarkan Android 11. Ia turut mempunyai tri-kamera yang merangkumi sensor Sony IMX766 50MP.

    Varian ini bakal dilancarkan di luar China dengan sistem OxygenOS 12. Telefon ini akan dilancar di China pada 13 Oktober namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured