Pada hari ini, OPPO Malaysia memperkenalkan tambahan baru ke dalam barisan siri A iaitu OPPO A38. Telefon pintar ini boleh didapati dalam warna Glowing Gold dan Glowing Black pada harga RM599. Pelanggan yang berminat boleh dapatkan peranti ini di kedai fizikal rasmi OPPO dan juga dalam talian.
Daripada segi spesifikasi, ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. OPPO mendakwa bahawa pengecas ini boleh meningkatkan kuasa bateri hingga 100% dalam 75 minit dan pengecasan selama 15 minit sudah cukup untuk memberi sekitar lima jam pemutaran video.
Ia juga menyertakan Perlindungan Pengecasan Sepanjang Hari yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menyesuaikan diri dengan tabiat pengecasan pengguna. OPPO A38 mempunyai paparan HD+ 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan liputan palet warna DCI-P3 sebanyak 96%.
Ia dapat mencapai kecerahan sehingga 720 nits dalam Mod Berkecerahan Tinggi, memastikan paparan masih boleh dilihat walaupun di bawah terik matahari. Kamera belakangnya terdiri daripada kamera 50MP + 2MP, manakala kamera swafoto menawarkan sensor 5MP dengan mod potret dan pelbagai penapis inovatif.
Telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85 dengan konfigurasi memori RAM 4GB dengan tambahan 4GB lagi dan storan 128GB. Spesifikasi lain termasuk penarafan kalis air dan habuk IP54.
Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkannya di laman web rasmi OPPO sekarang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







