More

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama pada kapasiti bateri dan tahap ketahanan peranti. OPPO A7 Pro dilengkapi skrin OLED fleksibel 6.57 inci beresolusi 2,372 x 1,080 piksel. Ia menyokong kadar segar semula 120Hz, kadar persampelan sentuhan 240Hz, paparan warna 10-bit dan kecerahan puncak sehingga 1,400 nits.

    Pengimbas cap jari jenis optikal turut dibina di dalam skrin. Peranti dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6360 Max dengan kelajuan teras sehingga 2.4GHz dipadankan bersama memori LPDDR4X RAM, storan UFS 2.2 yang boleh diperluas menggunakan kad storan serta sistem ruang pengewapan (VC) seluas 4,300mm² untuk kawalan suhu.

    OPPO A7 Pro menggunakan bateri berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Walaupun membawa bateri besar, peranti mengekalkan ketebalan 8.8mm dengan berat 205 gram. Ia menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16 yang disertakan penambahbaikan perlindungan keselamatan AI.

    Kamera utama 50MP dengan fokus automatik di bahagian belakang manakala kamera hadapan menggunakan sensor 8MP. Modul kamera belakang memuatkan pemancar inframerah (IR blaster) untuk kawalan perkakas elektrik. Ia juga menyokong mod pembesar suara 300%. Ketahanan peranti disokong oleh penarafan perlindungan IP69K, IP68 dan IP66 terhadap air dan debu.

    OPPO A7 Pro ditawarkan dalam dua varian iaitu 6/256GB pada harga 2,199 Yuan (~RM1,399) dan 8/256GB pada harga 2,499 Yuan (~RM1,589). Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Riding the Waves, Every Step Blossoms dan Desert Brown. Peranti dengan nombor model CPH2931 juga telah dikesan menerusi pangkalan data SIRIM di Malaysia, menandakan ketersediaannya di pasaran tempatan tidak lama lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...