More

    OPPO A96 akan dijual secara rasmi esok dengan ganjaran bernilai sehingga RM733

    OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa tawaran siri A terbarunya, OPPO A96 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 23 April 2022. OPPO turut menawarkan tawaran hebat kepada pembeli terawal A96 termasuk ganjaran bernilai sehingga RM733.

    Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, OPPO akan mengelilingi negara untuk Jerayawara OPPO A96 di mana pengguna boleh merasai pengalaman A96 secara langsung dan menikmati tawaran eksklusif. Ia termasuk kotak hadiah percuma (powerbank dan payung) bernilai RM99 berserta ganjaran bernilai sehingga RM399 secara eksklusif untuk Ahli OPPO.

    Pelanggan terawal yang membeli A96 di lokasi terpilih juga akan diberi ganjaran OPPO Enco Air2 bernilai RM249 dan stok adalah terhad. Jerayawara itu juga akan mengadakan permainan interaktif yang menarik seperti cabutan bertuah dan zon mengambil gambar untuk peminat OPPO memperoleh lebih banyak ganjaran. Berikut ialah senarai tempat dan masa Jerayawara OPPO A96 akan berlangsung:

    Selain jerayawara, pelanggan juga berpeluang menerima ganjaran bermula daripada RM498 dan sehingga RM742 apabila mereka membeli A96. Selain itu, sebagai sebahagian daripada ganjaran Jualan Pertama, Ahli OPPO layak menerima ganjaran tambahan bernilai sehingga RM399 daripada KFC, Tealive, Sharp, Logitech dan banyak lagi. Berlangsung dari esok hingga 15 Mei 2022, lihat butiran penuh tawaran di bawah:

    Sempena musim perayaan Hari Raya, OPPO memulakan jelajah dengan tema “Double Your Raya Joy Mobile Truck Roving” yang mempamerkan OPPO A96 dan model inovatif lain. Orang ramai dijemput menyertai karnival mini dengan ganjaran menarik seperti cabutan bertuah, mengambil gambar, Congkak Gergasi, membuat hiasan Ketupat dan lain-lain lagi. Berminat? Raikan perayaan dengan OPPO dari 30 April hingga 8 Mei 2022 di lokasi berikut:

    Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat jualan pertama dan jerayawara, sila layari laman web rasmi OPPO Malaysia dan ketahui maklumat dengan lebih lanjut mengenai A96 di sini.

    Adakah anda berminat dengan OPPO A96? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...