More

    OPPO Pad Air 2 dilancar: Helio G99 dan skrin LCD 11.35 bermula ~RM857

    OPPO telah melancarkan OPPO Pad Air 2 di China sebagai pengganti tablet bajetnya, OPPO Pad Air. Tablet itu telah diperkenalkan bersama telefon pintar OPPO Reno 11 dan Reno 11 Pro dan telah pun dikeluarkan secara global sebagai OnePlus Pad Go.

    OPPO Pad Air 2 menampilkan paparan LCD 11.35 inci dengan resolusi 2408 x 1720 piksel (2.4K) dan 260 PPI. Skrin ini menawarkan sehingga kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan tahap kecerahan puncak 400 nits.

    Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G99 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4x, storan UFS 2.2 dan menggunakan sistem operasi ColorOS 13.2 berdasarkan Android 13. Kamera belakang dan hadapannya membawa sensor 8MP, dilengkapi empat pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Baterinya berkapasiti 8,000mAh dan membawa sokongan pengecasan SuperVOOC 33W.

    Pilihan sambungan pada tablet termasuk WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.2 dan USB Type-C. Terdapat dua warna pilihan iaitu Space Grey dan Streamer Silver. Berikut adalah varian memori dan harganya:

    • 6GB + 128GB – CNY1,299 (~RM857)
    • 8GB + 128GB – CNY1,499 (~RM989)
    • 8GB + 256GB – CNY1,699 (~RM1121)

    Kongsi pendapat anda anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...