More

    Pengguna Android kini boleh kunci pelayar Google Chrome dengan imbasan cap jari

    Jika anda merupakan pengguna Android yang kerap menggunakan fungsi Incognito Mode dalam pelayar Google Chrome for Android, anda kini mempunyai satu fungsi tambahan yang boleh mengukuhkan lagi rahsia anda dalam pelayar tersebut.

    Anda boleh mengunci sebarang tab yang dibuka dalam Incognito Mode dengan pengimbasan cap jari. Untuk mengaktifkannya, anda boleh buka seksyen Privasi dan Keselamatan (Privacy And Security) dalam tetapan Chrome dan pilih “Kunci tab Incognito apabila anda menutup Chrome (Lock Incognito tabs when you leave Chrome)“.

    Apabila fungsi ini diaktifkan, tab yang dibuka dalam mod Incognito tadi akan dikunci sebaik sahaja anda menutup aplikasi Chrome. Untuk mengaksesnya semula, anda perlu imbas cap jari. Ia juga boleh dikunci dengan kata laluan PIN.

    Sungguh pun begitu, perlu diingati bahawa ia masih belum diperkenalkan secara meluas dan hanya ditawarkan untuk pengguna terpilih. Pada waktu penulisan, penulis juga masih belum menerima kemas kini Chrome ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Google

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured