More

    Pengguna Apple kini boleh kawal Android TV guna aplikasi Google TV baharu pada iOS

    Pada tahun 2020, aplikasi Google TV telah menggantikan aplikasi Play Movies & TV pada Android. Dua bulan yang lalu pula, Google Play Store mengeluarkan bahagian Filem & TV. Kini, Google menggantikan Play Movies & TV versi iPhone dan iPad dengan aplikasi Google TV.

    Terdapat beberapa perubahan walaupun kebanyakan ciri lama masih dikekalkan. Antara muka yang dikemas kini memberikan pengalaman yang lebih luas untuk filem dan siri TV. Ia turut mempunyai perkhidmatan penstriman supaya Google boleh membuat pengesyoran berdasarkan minat dan senarai tontonan (watchlist) untuk menjejaki perkara yang boleh ditonton pada masa hadapan.

    Aplikasi Google TV meletakkan pengesyoran kandungan di hadapan dan tengah serta perkhidmatan membeli atau menyewa dengan banyak pilihan kandungan yang tersedia. Pembelian baharu dan sebelumnya boleh didapati dalam tab ‘Barang anda’ (Your Stuff).

    Ia turut membawa alat kawalan jauh yang ditulis semula sepenuhnya untuk peranti Android TV. Ciri alat kawalan jauh yang dibina semula telah diperkenalkan pada tahun lepas, menggantikan aplikasi Android TV Remote Control yang lama disertakan beberapa ciri baharu dan peningkatan kestabilan. 

    Versi iOS telah berhenti berfungsi pada tahun lepas selepas ciri kawalan jauh ditambahkan pada aplikasi Google TV. Ini bermakna pengguna iPhone dan iPad telah diputuskan daripada mengawal peranti Android TV selama kira-kira lapan bulan.

    Aplikasi Google TV yang dikemas kini tersedia di App Store sekarang. Anda boleh mengemas kini aplikasi lama di App Store dan Google TV. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured