More

    Pengguna Google Hangouts digesa untuk tukar kepada Google Chat, mungkin ditamatkan kelak

    Pada hujung tahun ini, perkhidmatan mesej Google Hangouts mungkin akan ditamatkan untuk pelanggan Workspace, di mana ia bakal digantikan dengan Google Chat. Syarikat itu akan masih mengoperasikan Google Hangout, namun ia tidak lagi dikhaskan untuk pelanggan Workspace dan akan dibuka kepada orang awam untuk digunakan secara percuma.

    Jika pelanggan Workspace cuba membuka Google Hangouts, mereka akan menerima pemberitahuan mengatakan “Hangouts is being replaced by Google Chat (Hangouts kini sedang diganti dengan Google Chat).” Pengguna kemudian boleh membuka Google Chat dalam Gmail, walaupun jika mereka sudah memasang aplikasi Google Chat yang berasingan.

    Mereka juga akan didaftar keluar (sign out) daripada Google Hangouts dan tidak akan lagi menerima pemberitahuan (notifications) daripada perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, langkah ini masih boleh diundur semula untuk mereka yang ingin menggunakan Hangouts sehingga ia ditamatkan oleh Google.

    Laman web hangouts.google.com juga menunjukkan mesej yang serupa, “It’s time to switch to Google Chat (Masa untuk tukar ke Google Chat).” Setakat ini, Google masih belum umumkan sebarang tarikh penutupan Google Hangouts buat pengguna Workspace.

    Untuk pengguna awam pula, Google Hangouts masih boleh diakses seperti biasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Google

     

    Artikel Terkini

    iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm dan bateri...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured