Selepas pengumuman siri iPhone 16 baharu, Apple telah mengeluarkan beberapa model iPhone daripada laman Apple Malaysia termasuk iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan iPhone 13. Buat masa ini, model yang kekal dalam laman Apple Malaysia ialah iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 14, iPhone 14 Plus dan iPhone SE.
Harga baharu iPhone 15 kini pada RM3,499 manakala harga permulaan iPhone 14 pada RM2,999. Anda boleh menyemak perbezaan harga dalam jadual di bawah:
| Model iPhone | Harga Lama (RM) | Harga Baharu (RM) |
|---|---|---|
| iPhone 15 128GB | 4,399 | 3,499 |
| iPhone 15 256GB | 4,899 | 3,999 |
| iPhone 15 512GB | 5,899 | 4,999 |
| iPhone 15 Plus 128GB | 4,899 | 3,999 |
| iPhone 15 Plus 256GB | 5,399 | 4,499 |
| iPhone 15 Plus 512GB | 6,399 | 5,499 |
| iPhone 14 128GB | 3,799 | 2,999 |
| iPhone 14 256GB | 4,299 | 3,499 |
| iPhone 14 512GB | 5,299 | 4,499 |
| iPhone 14 Plus 128GB | 4,399 | 3,499 |
| iPhone 14 Plus 256GB | 4,899 | 3,999 |
| iPhone 14 Plus 512GB | 5,899 | 4,999 |
| iPhone SE 64GB | 2,249 | 2,199 |
| iPhone SE 128GB | 2,499 | 2,449 |
| iPhone SE 256GB | 2,999 | 2,949 |
Sementara itu, harga permulaan iPhone SE juga turun sedikit, namun bukannya pada harga asal asalnya (RM2,099) sewaktu ia dilancarkan buat pertama kali pada 2022. Hal ini kerana dua tahun lalu, Apple Malaysia telah menaikkan harga sebanyak RM200 untuk semua model.
Kepada yang berminat dengan siri iPhone 16 terbaharu, tempahan akan bermula pada 8 malam pada 13 September dan ia akan tersedia mulai 20 September 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

