More

    Penurunan harga untuk iPhone 15, 15 Plus, 14, 14 Plus dan SE pada laman rasmi Apple Malaysia

    Selepas pengumuman siri iPhone 16 baharu, Apple telah mengeluarkan beberapa model iPhone daripada laman Apple Malaysia termasuk iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan iPhone 13. Buat masa ini, model yang kekal dalam laman Apple Malaysia ialah iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 14, iPhone 14 Plus dan iPhone SE.

    Harga baharu iPhone 15 kini pada RM3,499 manakala harga permulaan iPhone 14 pada RM2,999. Anda boleh menyemak perbezaan harga dalam jadual di bawah:

    Model iPhoneHarga Lama (RM)Harga Baharu (RM)
    iPhone 15 128GB4,3993,499
    iPhone 15 256GB4,8993,999
    iPhone 15 512GB5,8994,999
    iPhone 15 Plus 128GB4,8993,999
    iPhone 15 Plus 256GB5,3994,499
    iPhone 15 Plus 512GB6,3995,499
    iPhone 14 128GB3,7992,999
    iPhone 14 256GB4,2993,499
    iPhone 14 512GB5,2994,499
    iPhone 14 Plus 128GB4,3993,499
    iPhone 14 Plus 256GB4,8993,999
    iPhone 14 Plus 512GB5,8994,999
    iPhone SE 64GB2,2492,199
    iPhone SE 128GB2,4992,449
    iPhone SE 256GB2,9992,949

    Sementara itu, harga permulaan iPhone SE juga turun sedikit, namun bukannya pada harga asal asalnya (RM2,099) sewaktu ia dilancarkan buat pertama kali pada 2022. Hal ini kerana dua tahun lalu, Apple Malaysia telah menaikkan harga sebanyak RM200 untuk semua model.

    Kepada yang berminat dengan siri iPhone 16 terbaharu, tempahan akan bermula pada 8 malam pada 13 September dan ia akan tersedia mulai 20 September 2024. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured