More

    Pepijat kamera keselamatan Xiaomi memaparkan rakaman di rumah orang lain

    Sepintas lalu, Google Nest Hub merupakan pembesar suara dengan paparan dan kamera yang membenarkan pengguna mengawal peranti rumah pintar (smart home) melaluinya. Peranti rumah pintar ini sekaligus menjadi alat keselamatan berguna untuk pengguna.

    Walau bagaimanapun, terdapat pengguna Google Nest Hub yang dihubungkan dengan kamera keselamatan Xiaomi Mijia melihat tindak balas yang mengejutkan apabila ingin melihat rakaman kamera keselamatan di rumahnya. Pengguna peranti rumah pintar ini telah berkongsi tindak balas mengejutkan itu di Reddit.

    Tindak balas itu memaparkan rakaman kamera di rumah orang lain. Menurut Android Authority, tidak mustahil untuk pengguna tersebut memalsukan gambar rakaman yang dikongsinya. Anda boleh melihat gambar rakaman lain di sini.

    Sumber: Reddit melalui Android Authority

    Namun, Google telah memberi respons melalui Android Authority. Google telah menyekat integrasi Xiaomi dengan perantinya buat seketika sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

    Xiaomi juga memberi respons segera dengan menyatakan bahawa masalah yang berpunca daripada sambungan internet buruk semasa penyambungan di antara Xiaomi Mijia dengan Google Nest Hub ini jarang sekali berlaku. Masalah ini pasti tidak akan berlaku jika Xiaomi Mijia disambungkan dengan aplikasi Xiaomi Mi Home. Apa pun, punca masalah telah dikenalpasti dan pastinya Xiaomi dan Google memastikan ianya tidak akan berlaku lagi.

    Anda salah seorang pengguna Google Nest Hub atau peranti rumah pintar Xiaomi? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority | Reddit

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured