Site icon TechNave BM

Peranti Apple akhirnya menerima kemas kini iOS 18, iPadOS 18, macOS 15, watchOS 11, tvOS 18

Dengan bermulanya kempen pra-tempahan untuk siri iPhone 16 di Malaysia, Apple juga melancarkan kemas kini baharu untuk semua perantinya iaitu iOS 18 (iPhone), iPadOS 18 (iPad), macOS 15 Sequoia (Mac), watchOS 11 (Apple Watch), tvOS 18 (Apple TV) dan visionOS 2 (Apple Vision Pro). Untuk mengemas kini, anda hanya perlu pergi ke Settings, kemudian General dan tekan ikon Software Update.

Jika anda tidak tahu, iOS 18 menawarkan pelbagai fungsi yang diperibadikan seperti menyusun semula Home Screen, Lock Screen dan Control Centre. Aplikasi Photos juga telah direka semula bagi memudahkan anda cari gambar-gambar lama, manakala aplikasi Messages menawarkan cara baharu untuk anda berkomunikasi dengan orang lain. Terdapat juga fungsi baharu untuk Maps, Wallet, Safari, Journal, Notes dan banyak lagi.

Anda akan menerima kemas kini iOS 18 jika anda memiliki iPhone XS dan model-model yang lebih baru. Jika anda menggunakan iPhone yang lebih lama dan tidak layak menerima iOS 18, anda akan menerima kemas kini iOS 17.7.

Selain fungsi-fungsi untuk memperibadikan penggunaan anda, salah satu tamabahan utama yang dinanti untuk kemas kini kali ini ialah Apple Intelligence. Sungguh pun begitu, bukan semua fungsi Apple Intelligence akan diberi dalam kemas kini ini kerana ia akan diberi secara beransur-ansur dalam kemas kini akan datang.

Kebanyakan fungsi Apple Intelligence akan dikongsi dengan semua sistem operasi dalam peranti-peranti Apple, jadi jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan Apple Intelligence, anda boleh baca artikel berikut:

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah menerima kemas kini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Diterjemahkan daripada TechNave]

Exit mobile version