More

    Pelancaran Apple Intelligence ditunda ke iOS 18.1 pada Oktober ini

    Apple Intelligence akan melewatkan tarikh pelancaran awalnya untuk memberi Apple lebih masa membetulkan pepijat seperti yang dilaporkan oleh Mark Gurman daripada Bloomberg. Berdasarkan individu tersebut, syarikat itu kini merancang untuk mula melancarkan Apple Intelligence dalam kemas kini perisian pada bulan Oktober, beberapa minggu selepas pelancaran iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia.

    Penangguhan ini berlaku mungkin adalah sebab kebimbangan tentang kestabilan ciri-ciri Apple Intelligence dan keperluan masa yang mencukupi untuk pembangun menguji perisian tersebut. Fungsi baharu ini tetap akan tersedia kepada pembangun perisian pada minggu depan sebagai beta pertama iOS 18.1 dan iPadOS 18.1 yang juga sangat jarang berlaku kerana syarikat itu biasanya tidak mengeluarkan pratonton kemas kini perisian susulan sehingga versi pertama dilancarkan.

    Gurman menyatakan bahawa strategi pelancaran baru ini bermaksud barisan iPhone 16 mungkin akan dilancarkan tanpa ciri-ciri Apple Intelligence dan memerlukan kemas kini perisian untuk mendapatkannya kemudian. Syarikat itu kini dikatakan menyasarkan untuk menyelesaikan pembangunan iOS 18 pada akhir bulan Julai.

    Walaupun Apple Intelligence akan dilancarkan bersama iOS 18.1, iPadOS 18.1 dan macOS Sequoia 15.1, ia tidak akan mengandungi ciri-ciri seperti versi Siri yang diperbaharui yang menggunakan data dalam peranti untuk menjawab soalan dan memahami apa yang terdapat pada skrin pengguna. Ciri-ciri ini dijangka akan tiba pada separuh pertama tahun 2025.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured