fbpx
More

    Ini fungsi baharu dalam iOS 18 yang anda perlu tahu!

    Dalam acara Worldwide Developers Conference 2024 yang berlangsung pada awal hari ini, Apple telah memperkenalkan sistem operasi baharu untuk iPhone iaitu iOS 18. Pembaharuan utama untuk iOS pada tahun ini pastinya adalah fungsi kecerdasan buatan Apple Intelligence, dan pada masa yang sama Apple turut memperkenalkan beberapa fungsi pengubahsuaian (customisation) baharu dalam iOS 18.

    Berikut adalah beberapa fungsi baharu yang bakal diperkenalkan dalam sistem operasi baharu ini:

    Susunan ikon dan widget yang lebih fleksibel

    Pengguna kini boleh mengubah kedudukan ikon aplikasi dan widget mereka dengan lebih fleksibiliti supaya ia nampak padan dengan sebarang gambar yang digunakan sebagai latar belakang. Fungsi ini sebenarnya sudah boleh digunakan dalam telefon-telefon Android sejak lama dahulu, namun kini Apple baru memperkenalkannya.

    Susunan ikon aplikasi dan widget kini boleh diubah sesuka hati anda
    Anda boleh tetapkan warna dalam ikon aplikasi

    Selain itu, jika anda menggunakan iPhone dalam Dark Mode, ikon aplikasi juga akan berubah kepada versi yang lebih gelap. Warna-warna dalam ikon aplikasi juga boleh diubahsuai kepada warna pilihan anda supaya ia nampak lebih seragam.

    Control Centre yang lebih lengkap

    Apabila anda leret daripada sisi atas skrin untuk mengakses Control Centre, anda boleh dapatkan akses pantas kepada lebih banyak fungsi seperti Media Playback untuk lagu/video, serta Home Controls untuk kawal sebarang kelengkapan elektronik yang dihubungkan dengan iPhone anda.

    Kawal kelengkapan rumah anda dengan Control Centre baharu
    Saiz ikon dalam Control Centre kini boleh diubahsuai

    Selain itu, pembangun aplikasi pihak ketiga juga boleh perkenalkan fungsi-fungsi khas yang akan dimasukkan dalam Control Centre, dengan alatan Controls API.

    Kunci aplikasi yang sensitif

    Sewaktu anda beri iPhone kepada orang lain buat semenatara, iOS 18 membenarkan anda kunci sebuah aplikasi yang sensitif jika anda tidak ingin orang tersebut mengakses kandungan yang peribadi. Sebarang kandungan yang berkait dengan aplikasi tersebut tidak akan muncul dalam aplikasi lain, seperti pemberitahuan, ruang carian, sejarah panggilan atau cadangan Siri.

    Anda boleh kunci aplikasi yang sensitif
    Aplikasi yang tidak ingin dipaparkan boleh diletakkan dalam fail Hidden

    Anda juga boleh sembunyikan sebuah aplikasi jika anda tidak mahu orang lain tahu tentang aplikasi tersebut. Untuk membuka aplikasi tersebut, anda perlu gunakan kaedah buka kunci seperti Face ID, Touch ID atau kata laluan (passcode).

    Kawalan keselamatan untuk kenalan anda

    Sebelum ini, jika anda membenarkan sebuah aplikasi untuk mengakses kenalan (Contacts) anda, aplikasi tersebut boleh mengetahui banyak maklumat mengenai semua kenalan yang disimpan dalam telefon. Dalam iOS 18, anda sendiri boleh tentukan kenalan spesifik yang boleh diakses oleh sebuah aplikasi.

    Pilih kenalan tertentu sahaja untuk aplikasi yang ingin mengakses kenalan anda

    Permesejan yang lebih ekspresif

    Dalam aplikasi Messages, pengguna boleh balas sebarang mesej secara ringkas dengan Tapbacks, di mana pada asalnya pengguna boleh pilih enam ikon reaksi sahaja. Bermula iOS 18, Tapbacks diluaskan lagi dengan semua jenis emoji atau pelekat (sticker), jadi anda boleh menerima lebih banyak pilihan untuk bertindak balas kepada mesej anda.

    Dengan fungsi Send Later, anda juga boleh tulis mesej terlebih dahulu untuk dihantar kemudian. Teks tersebut boleh dilaraskan lagi dengan tebal (bold), senget (italicise) garis bawah (underline) atau garis potong (strikethrough).

    Fungsi Text Effects boleh menghasilkan animasi dan efek khas untuk setiap mesej anda.

    Tapbacks kini boleh dilakukan dengan sebarang emoji
    Teks anda boleh dihantar kemudian
    Teks kini boleh digaris atau disengentkan
    Animasi khas untuk teks anda

    Hantar mesej teks, walaupun anda berada di luar rangkaian

    Akhirnya, iOS 18 membenarkan anda menghantar mesej teks menggunakan rangkaian satelit, serupa seperti fungsi Emergency SOS. Ini bermaksud anda masih boleh hantar mesej, walaupun anda tidak menerima sebarang signal rangkaian.

    Hantat mesej melalui hubungan satelit

    Fungsi ini bukan sahaja terhad dalam aplikasi iMessage, malah ia turut menyokong penggunaan mesej SMS dengan peranti bukan iPhone. Setakat ini, Apple masih belum memberitahu caj penggunaan untuk penghantaran mesej melalui satelit.

    E-mel yang lebih terurus

    Dalam aplikasi Mail, iOS 18 akan mengkategorikan semua e-mel anda kepada empat kategori iaitu Primary untuk e-mel penting, Transactions untuk resit dan pengesahan pembelian, Updates untuk newsletter dan notifikasi media sosial, serta Promotions untuk tawaran diskaun daripada perniagaan.

    Anda juga boleh cipta kategori baharu untuk e-mel daripada para penghantar tertentu.

    Kategori utama dalam Mail adalah Primary, Transactions, Updates dan Promotions

    Lebih banyak fungsi Wallet

    iOS 18 menawarkan fungsi Tap to Cash di mana pelanggan boleh memindahkan Apple Cash dengan hanya meletakkan dua iPhone bersebelahan, tanpa perlu berkongsi nombor telefon atau alamat e-mel.

    Pindahkan wang dengan letakkan dua iPhone bersebelahan

    Jika anda beli tiket konsert pula, ia boleh dilihat dengan rekaan khas yang menunjukkan maklumat tentang tempat konsert dan cadangan lain.

    Mod khas untuk bermain game

    Bagi menghasilkan prestasi terpantas sewaktu bermain game, iOS 18 boleh mengaktifkan Game Mode untuk mengurangkan aktiviti oleh aplikasi latar belakang. Pada masa yang sama, ia juga akan meningkatkan tahap tindak balas dengan pengawal (controller) game wayarles dan fon telinga wayarles supaya segala input boleh didaftarkan dengan pantas.

    Rekaan yang lebih tersusun dalam Photos

    Gambar dan video yang diambil oleh kamera anda kini disusun dengan lebih kemas dalam aplikasi Photos. Ia kini dibahagikan kepada dua, di mana bahagian atas skrin akan memaparkan grid manakala bahagian bawah pula menunjukkan Collections iaitu kategori gambar yang disusun sendiri oleh iOS 18.

    Grid gambar berada di bahagian atas, diikuti dengan Collections di bawah
    Collections anda boleh rakam detik-detik dan individu tertentu

    Sewaktu melihat gambar dalam format grid, anda boleh cari sebuah gambar dengan mencari bulan atau tahun ia diambil. Photos juga akan mengumpulkan gambar-gambar anda ke satu kategori, bergantung kepada aktiviti yang dilakukan dalam gambar tersebut.

    Sewaktu melihat Collections pula, gambar dan video boleh dimainkan secara automatik. Photos akan mengkategorikan gambar dan video anda mengikut tema-tema tertentu seperti Recent Days, People & Pets, Memories, Trips dan banyak lagi.

    Anda juga boleh lihat gambar-gambar lama dengan Carousel yang baharu, di mana ia akan menyediakan gambar dan video terpilih daripada detik-detik istimewa anda pada masa lalu.

    Berikut adalah senarai iPhone yang akan menerima iOS 18:

    • iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro, 15 Pro Max
    • iPhone 14, 14 Plus, 14 Pro, 14 Pro Max
    • iPhone 13, 13 mini, 13 Pro, 13 Pro Max
    • iPhone 12, 12 mini, 12 Pro, 12 Pro Max
    • iPhone 11, 11 Pro, 11 Pro Max
    • iPhone Xs, Xs Max, XR
    • iPhone SE (generasi kedua dan ke atas)

    Beritahu kami di Facebook jika mana-mana fungsi di atas menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    HUAWEI FreeBuds 6 turut dilancar dengan rekaan Open‑Fit, Bass Turbo 2.0 dan bateri 36 jam...

    Selain pelancaran MatePad Pro 12.2" (2025), HUAWEI Malaysia hari ini turut memperkenalkan FreeBuds 6 iaitu fon telinga open-fit generasi baharu yang menampilkan...

    HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) dilancar di Malaysia: Tablet mirip PC berharga RM3,599

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan tablet andalan (flagship) terbaru untuk pasaran tempatan iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.2" (2025). Tablet ini dilengkapi pelbagai...

    Kaspersky eSIM Store dilancar dengan pelan data mampu milik di 150 negara

    Kaspersky melancarkan Kaspersky eSIM Store iaitu platform baharu yang membolehkan pelancong menikmati sambungan internet mudah alih di lebih 150 negara dengan lebih...

    Samsung dominasi inovasi skrin boleh lipat, kukuhkan kedudukan dalam rantaian bekalan global

    Samsung terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam teknologi skrin boleh lipat sejak pelancaran peranti ikonik Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip...

    Suunto Run dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar khas untuk pelari bermula RM1,199

    Suunto Malaysia baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar baharu yang dikhaskan untuk penggiat sukan larian iaitu Suunto Run. Jam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured