Untuk para pembaca yang inginkan telefon yang sangat mampu milik, anda boleh lihat pada POCO C71 yang baru sahaja dilancar untuk pasaran Malaysia, dijual pada harga bermula RM269 sahaja.
Telefon ini dilengkapi cipset Unisoc T7250 dengan markah penanda aras AnTuTu sebanyak 266,353 yang mampu menghasilkan prestasi yang cukup untuk kegunaan harian. Ia juga mempunyai storan dalaman sehinga 128GB dan boleh dibesarkan lagi dengan kad memori microSD.
Skrinnya berukuran 6.88 inci yang agak besar untuk telefon mampu milik, dengan resolusi 1640×720 dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light (Software Solution), TÜV Rheinland Flicker-Free dan TÜV Rheinland Circadian Friendly untuk menghasilkan pengalaman tontonan yang selesa pada mata.




Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 32MP di belakang dan kamera hadapan 8MP. Baterinya pula berkapasiti 5,200mAh yang boleh bertahan selama lebih daripada 20 jam, dan menyokong kadar pengecasan pantas 15W.
Ia mempunyai bicu audio 3.5mm untuk fon telinga berwayar, serta port USB-C untuk pengecasan dan pemindahan data.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO C71:
- Skrin LCD 6.88 inci, resolusi 1640×720, kadar 120Hz
- Cipset Unisoc T7250
- RAM 3GB atau 4GB
- Storan dalaman 64GB atau 128GB (boleh dibesarkan dengan microSD)
- Kamera utama 32MP
- Kamera swafoto 8MP
- Bateri 5,200mAh
- Pengecasan 15W
- Sistem operasi Android 15
- Rating kalis air dan debu IP54
- Bicu audio 3.5mm, port USB-C
- Pengimbas cap jari sisi
- Pilihan warna hitam, emas dan biru
- Harga:
- 3GB+64GB: RM299 (sebelum 9 Mei: RM269)
- 4GB+128GB: RM399 (sebelum 9 Mei: RM319)
POCO C71 boleh dibeli daripada lama rasmi POCO dalam Shopee, Lazada atau mi.com. Jika anda membelinya sebelum 9 Mei 2025, anda boleh dapatkan harga diskaun yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







