More

    POCO C75 dilancar, dilengkapi skrin 120Hz, Helio G81-Ultra berharga ~RM480

    POCO telah melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru iaitu POCO C75, menampilkan beberapa spesifikasi menarik seperti skrin 120Hz dan bateri 5,160mAh. Sungguh pun begitu, rekaan dan coraknya serupa dengan sebuah telefon yang baru dilancar iaitu realme 13+ 5G.

    Skrin telefon ini menggunakan panel LCD berukuran 6.88 inci dengan resolusi 1640×720, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G81-Ultra, RAM 6GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 5,160mAh dan pengecasan 18W. Malangnya, pengecas tidak disertakan dalam kotak.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera swafoto 13MP. Walaupun ia mempunyai empat lubang hitam di bahagian belakang, ia hanya mempunyai satu sahaja kamera utama.

    Telefon ini merupakan Redmi 14C yang dijenamakan semula, dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Redmi 14C boleh dibeli dalam pasaran Malaysia pada harga RM449. Untuk POCO C75, ia akan dijual untuk pasaran antarabangsa pada harga bermula USD109 (~RM480).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured