More

    “Power bank” bakal pupus? HONOR mungkin hasilkan telefon dengan bateri 14,000mAh

    Kapasiti bateri telefon pintar nampaknya terus meningkat dan HONOR mungkin bakal menjadi antara pengeluar yang tolak trend itu lebih jauh. Menurut sumber, sebuah telefon HONOR dengan bateri 14,000mAh kini dilaporkan sudah memasuki fasa New Product Introduction (NPI) iaitu peringkat sebelum pengeluaran besar-besaran.

    Jika menjadi kenyataan, kapasiti tersebut jauh mengatasi kebanyakan telefon semasa dan hampir tiga kali lebih besar berbanding bateri yang dikatakan digunakan pada iPhone 17 Pro (4,252mAh). Menariknya, peranti itu dikatakan masih mengekalkan berat sekitar 220g.

    HONOR sendiri bukan asing dengan bateri besar. Sebelum ini, syarikat itu pernah melepasi paras 10,000mAh, manakala Honor X80 Pro Max hadir dengan bateri 11,000mAh dan dilaporkan mampu digunakan untuk penstriman langsung melebihi 26 jam. Buat masa ini, masih belum diketahui siri mana yang akan menggunakan bateri 14,000mAh atau bila ia akan dilancarkan.

    Namun jika teknologi bateri terus berkembang pada kadar ini, keperluan membawa power bank mungkin semakin berkurang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured