More

    PRISM+ umum TV 4K AI mampu milik dan peti sejuk “custom” pertama di Malaysia

    PRISM+ telah melancarkan barisan terbaharu televisyen U-Series 4K QD Mini-LED Google TV serta memperkenalkan Inspire Series iaitu peti sejuk kaca matte boleh diubah suai pertama di Malaysia.

    TV U-Series hadir dengan teknologi QD Mini-LED dan paparan Quantum Dot yang mampu mencapai sehingga 93% liputan warna DCI-P3, Dolby Vision, HDR10+, Dolby Atmos dan kadar segar semula sehingga 144Hz VRR. Setiap pembelian disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM801 termasuk langganan penstriman Viu, mewatch, Durioo+, MYTV Mana-Mana dan waranti dua tahun.

    Model 86 inci pula menerima penghantaran dan pemasangan percuma. Empat model ditawarkan dengan harga bermula RM2,599 untuk skrin 55 inci, 65 inci berharga RM3,599, 75 inci berharga RM4,999 dan 86 inci berharga RM7,999.

    PRISM+ turut meluaskan barisan produk dengan memperkenalkan Inspire Series iaitu peti sejuk Side-by-Side 750 liter dan model 4 pintu 720 liter. Kedua-duanya hadir dengan panel kaca matte anti-silau yang boleh ditukar dalam lima warna berbeza serta teknologi penyejukan Multi-Zone, Metal Cooling dan penapis karbon anti-bau.

    Ia hadir dengan tanda harga RM2,999 untuk 2 pintu manakala model 4 pintu berharga RM3,599. Kompresor inverter dilindungi waranti sehingga 12 tahun. Tempahan U-Series 4K QD Mini-LED Google TV dan Inspire Series bermula pada 3 Oktober 2025 di Shopee serta laman rasmi PRISM+.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured