More

    Proton hasilkan komponen kereta di Malaysia, sahkan teknologi ADAS untuk Saga akan datang

    Proton kini melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan apabila memeterai empat usahasama (JV) dan dua perjanjian teknikal (TA) antara pembekal di Malaysia dan pembekal dari Geely dalam usaha meningkatkan lokalisasi komponen serta daya saing vendor tempatan.

    Antara perkembangan utama ialah pengesahan bahawa model Proton Saga MC3 yang akan datang bakal dilengkapi sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS). Perkara ini disahkan menerusi usahasama antara Delloyd Technology Bhd, pembekal lama Proton dan Imotion Automotive Technology (Suzhou) Co Ltd, syarikat yang turut membekalkan kepada Geely di China.

    Imotion akan membantu mempercepat pembangunan dan pelaksanaan sistem ADAS dalam model baharu tersebut. Dalam aspek sistem brek, PEPS JV (M) Sdn Bhd menandatangani perjanjian dengan Liuzhou Sanly Autoparts Co Ltd di mana PEPS akan menjalankan pengeluaran di Malaysia manakala Sanly akan bertanggungjawab ke atas pemasangan modular komponen.

    Sistem brek ini bukan sahaja untuk model Saga baharu, malah turut digunakan dalam model X50, X70 dan X90. Bagi sistem pencahayaan, JHM Consolidation Bhd menjalinkan kerjasama dengan Jiangsu Dekai Auto Parts Co Ltd manakala untuk sistem penyaman udara (HVAC), usahasama dijalin antara Trillion Speed (M) Sdn Bhd dan Shanghai Yinlun Heat Exchange Systems Co Ltd.

    Dua lagi perjanjian teknikal turut dimeterai yang melibatkan SHJ Interia Sdn Bhd dan Changchun Fawsn Automotive Trim Co Ltd bagi komponen dalaman (terutamanya bumbung dalaman) serta Xenso Electronics Sdn Bhd bersama Freetech Intelligent Systems Co Ltd bagi komponen ADAS seperti pemantauan titik buta dan bantuan penukaran lorong.

    Langkah ini menunjukkan komitmen Proton dalam meningkatkan keupayaan industri automotif tempatan dan memastikan produk masa depannya kekal kompetitif dan berkualiti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured