More

    PUBG MOBILE tawar hadiah ASD10 juta untuk pencipta peta baharu melalui program WOW

    PUBG MOBILE mengumumkan pembaharuan besar bagi World of Wonder (WOW) Incentive Program yang kini menawarkan jumlah dana hadiah keseluruhan mencecah ASD10 juta. Program WOW yang mula diperkenalkan sejak kemas kini Versi 4.0 telah memberi ruang kepada pemain untuk membangunkan peta ciptaan sendiri dan menerima insentif wang tunai.

    Pencipta terbaik berpeluang memperoleh lebih ASD200,000 manakala lebih daripada 100,000 pencipta dijangka menerima ganjaran sepanjang tahun 2025. Melalui sistem WOW Pass, pemain boleh mengumpul mata dan membuka pelbagai ganjaran percuma dengan menyertai kandungan World of Wonder serta menamatkan misi tertentu.

    Pemain yang menaik taraf kepada versi Pass berbayar pula akan menikmati akses tambahan dan faedah eksklusif. Sebahagian hasil daripada WOW Pass turut dilaburkan semula ke dalam Program Insentif WOW yang dapat menambah dana hadiah dan memberi pulangan semula kepada komuniti pencipta. Untuk menyertainya, pemain perlu mendaftar akses pencipta melalui mod WOW dalam permainan.

    Selepas mencipta peta dan memperoleh 500 pemain unik dalam tempoh 30 hari, mereka boleh mengemukakan permohonan yang akan disemak dalam masa sehari. Pencipta yang diluluskan boleh mula menerima pendapatan berdasarkan tahap populariti dan penerimaan kandungan masing-masing.

    PUBG MOBILE turut memudahkan pengeluaran pendapatan dengan menurunkan ambang minimum daripada ASD100 kepada ASD50. Sebagai tambahan, pelajar yang berminat untuk meneroka dunia penciptaan peta boleh menyertai ceramah “School of Wonder” yang bakal diadakan Oktober ini di Asia Pacific University (APU) dan Management and Science University (MSU).

    Program Insentif World of Wonder kini boleh diakses terus dalam aplikasi PUBG MOBILE yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...