More

    Qualcomm akan lancarkan cipset Snapdragon kelas pertengahan yang sokong skrin 144Hz

    Syarikat semikonduktor dari Amerika Syarikat, Qualcomm, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua cipset baru untuk telefon pintar kelas pertengahan. Dua cipset ini akan berada dalam siri Snapdragon 600 dan mungkin akan turut ditawarkan dalam varian 600G untuk cipset yang dikhususkan pada gaming.

    Satu cipset tersebut mempunyai nombor model SM6375 dan terdiri daripada lapan teras CPU iaitu empat teras Gold dan empat teras Silver. Untuk GPU pula, ia mempunyai kelajuan clock di antara 940Hz hingga 960Hz. Berikut adalah kelajuan clock untuk CPU:

    • 4x teras Gold 2.1GHz + 4x teras Silver 1.8GHz
    • 4x teras Gold 2.2GHz + 4x teras Silver 2.0GHz
    • 4x teras Gold 2.3GHz + 4x teras Silver 2.1GHz
    • 4x teras Gold 2.5GHz + 4x teras Silver 2.2GHz

    Untuk varian gaming, cipset tersebut dikhabarkan akan menyokong skrin dengan kadar segar semula sehingga 144Hz serta kelajuan clock untuk CPU dan GPU yang lebih tinggi.

    Satu lagi cipset mempunyai nombor model SM6225 dan ia mungkin akan menyokong skrin 90Hz, RAM 6GB dan storan UFS 2.2 128GB. Kedua-dua cipset akan dikilangkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Winfuture

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured