More

    Qualcomm lancarkan dua cipset satelit baharu, bantu pemantauan jarak jauh dan penjejakan aset

    Qualcomm yang merupakan sebuah syarikat semikonduktor dan peralatan telekomunikasi terkemuka baru-baru ini mengumumkan pelancaran dua cip modem iaitu 212S dan 9205S. Cip ini dilancarkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi sektor Internet of Things (IoT) yang dijangka berkembang pesat dalam dekad akan datang.

    Menawarkan ketersambungan hibrid dan membanggakan penggunaan kuasa ultra rendah, cip tersebut bukanlah cip Qualcomm biasa. Cip tersebut mematuhi piawaian 3GPP Release 17 menjadikannya ideal untuk komunikasi satelit orbit segerak bumi (GEO/GSO). Selain itu, kedua-dua cip juga menyokong keupayaan kedudukan global (GPS).

    Cip 9205S menyediakan sambungan yang lancar antara peranti IoT dan kedua-dua rangkaian selular serta satelit. Penyepaduan ini membolehkan data kedudukan tepat melalui Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) yang boleh digunakan untuk menjejak kontena perkapalan, memantau peralatan pertanian, ternakan, pengurusan armada dan pengangkutan global.

    Cip 212S pula direka untuk aplikasi lokasi tetap jarak jauh. Ia bagus dalam mengoptimumkan bateri untuk memanjangkan jangka hayat peranti serta melaksanakan tugas seperti mengumpul data telemetri daripada tangki air dan bahan api, meter atau peralatan infrastruktur lain.

    Kedua-dua cip memanfaatkan platform Qualcomm Aware yang menawarkan perkhidmatan pengesanan aset dan pengurusan peranti masa nyata di kawasan terpencil. Dengan kerjasama penyedia perkhidmatan NTN Skylo, platform Qualcomm Aware menjanjikan integrasi yang dioptimumkan untuk cip ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...