More

    Qualcomm Snapdragon X2 Elite, X2 Elite Extreme dilancar untuk komputer Windows, lebih pantas sebanyak 75%

    Selain melancarkan cipset telefon pintar Snapdragon 8 Elite Gen 5 pada hari ini, syarikat semikonduktor Qualcomm turut melancarkan dua cipset baharu untuk komputer ringan yang riba berprestasi tinggi iaitu Qualcomm Snapdragon X2 Elite dan Qualcomm Snapdragon X2 Elite Extreme. Mereka mengatakan dua cipset ini bakal menghasilkan prestasi paling pantas, berkuasa dan cekap untuk komputer-komputer Windows.

    Snapdragon X2 Elite Extreme direka khas untuk komputer ultra-premium dengan prestasi tinggi, manakala Snapdragon X2 Elite akan digunakan untuk komputer premium yang mengimbangkan produktiviti, kreativiti dan hiburan.

    Snapdragon X2 Elite Extreme

    Snapdragon X2 Elite Extreme menggunakan CPU 3rd Gen Qualcomm Oryon yang menyediakan prestasi 75% lebih tinggi berbanding jenama lain pada kekuatan ISO, serta seni bina GPU Qualcomm Adreno baharu yang menawarkan prestasi per watt dan kecekapan lebih tinggi sebanyak 2.3 kali ganda berbanding generasi sebelumnya.

    Ia mempunyai 18 teras di mana 12 daripadanya mempunyai clock speed sehingga 4.4GHz dan dua daripadanya sehingga 5GHz, di mana Qualcomm mengatakan kelajuan terpantas untuk CPU binaan Arm.

    Untuk pemprosesan AI, Qualcomm Hexagon NPU menawarkan kelajuan 80 TOPS, menjadikannya NPU terpantas untuk komputer riba dan menawarkan pengalaman AI pantas untuk komputer Copilot+.

    Snapdragon X2 Elite

    Platform ini menyediakan prestasi yang lebih pantas sehingga 31% pada tahap ISO power dan menggunakan tenaga yang lebih rendah sehingga 43% berbanding generasi sebelumnya. Ia juga mempunyai NPU dengan kelajuan 80 TOPS untuk prestasi AI yang lebih pantas.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk semua varian Snapdragon X2 Elite:

    Siri Snapdragon X2 Elite ini dijangka akan bawa prestasi yang lebih pantas dan hayat bateri yang lebih lama untuk komputer riba nipis. Komputer-komputer pertama yang menawarkan cipset ini akan mula dijual pada separuh pertama 2026.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured