More

    Qualcomm umumkan 3D Sonic Sensor Gen 2 untuk imbasan cap jari yang lebih pantas

    Qualcomm telah mengumumkan sensor cap jari dalam skrin 3D Sonic Sensor Gen 2 yang lebih pantas dan besar berbanding generasi sebelumnya. Malah, Qualcomm turut mengaku bahawa sensor tersebut boleh mengimbas permukaan jari yang basah.

    Sensor baru ini mempunyai saiz 8x8mm iaitu 77% lebih besar berbanding Gen 1, menyediakan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk meletakkan jari mereka serta membolehkan sensor untuk mengambil lebih banyak data biometrik sebanyak 1.7x. Qualcomm juga mengatakan sensor yang lebih besar ini membuatkan prestasinya meningkat sebanyak 50%.

    3D Sonic Sensor menggunakan gelombang akustik (ultrasonik) untuk membaca corak dan jalinan pada permukaan jari. Memandangkan telefon andalan Samsung sebelum ini telah dilengkapi 3D Sonic Sensor Gen 1, kita boleh jangkakan telefon seterusnya seperti Galaxy S21 atau Fold 3 untuk turut dilengkapi sensor generasi baru ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Qualcomm

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured