More

    Rakyat Malaysia beli 4.5x lebih banyak produk teknologi di Shopee sempena PKP 2.0!

    Kegiatan ekonomi secara fizikal mungkin tidak segalak aktiviti ekonomi dalam talian, lebih-lebih lagi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mula dilaksanakan. Shopee mendapati bahawa rakyat Malaysia membeli 4.5x lebih banyak produk teknologi termasuk gajet dalam garis masa pelaksanaan PKP 2.0.

    Menurut Shopee Malaysia, rakyat Malaysia aktif membeli barangan teknologi dan produk kelengkapan kerja/belajar dari rumah untuk PKP 2.0. Sejumlah 550,000 barangan termasuk komputer riba, telefon pintar, tablet, komponen rangkaian, papan kekunci, mesin cetak dan sistem audio terjual dalam 5 hari pertama (11-15 Januari 2021). Kad SIM YES Kasi Up sebagai solusi internet berpatutan juga terjual sehingga 20,000 unit.

    Selain itu, barangan keperluan lain seperti pelitup muka, makanan sejuk beku, barangan segar, produk pembersihan turut mendapat permintaan tinggi. Barangan hias rumah dijual sehingga 900,000 produk, manakala 500,000 barang makanan dan 330,000 barang makanan haiwan peliharaan.

    Sebagai peringatan, jualan Tahun Baru Cina CNY Sale di Shopee telah bermula sekarang sehingga 13 Februari 2021. Terdapat kotak bertuah RM8,888 Shopee Fortune Box untuk dimenangi setiap jam 10 malam dan 25 Januari+2 Februari pada 1 tengah hari di Shopee Live. Terdapat juga jualan Pay Day Sale dengan produk serendah RM8 dan diskaun sehingga 88% sempena jualan Limited Huat Huat Deals (2 Februari) pada 12 tengah malam, 12 tengah hari dan 8 malam.

    Adakah anda ada merancang untuk membeli sesuatu di Shopee sempena jualan CNY Sale ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured