More

    realme 16T dilancar dengan bateri 8000mAh, skrin 144Hz dan kamera Sony 50MP

    realme mengembangkan lagi siri realme 16 menerusi pelancaran baharu realme 16T yang menjadikan jumlah keseluruhan peranti dalam siri tersebut kini mencecah empat model. Antara tarikan utama pada realme 16T semestinya hadir melalui penggunaan bateri gergasi 8000mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan dengan sekali cas.

    Bateri tersebut direka untuk mengekalkan prestasi sehingga tujuh tahun penggunaan dan menyokong pengecasan pantas 45W selain turut hadir dengan sokongan pengecasan berbalik 15W. Turut disertakan ialah ciri bypass charging bagi membantu mengurangkan haba ketika bermain game sambil mengecas.

    realme 16T menggunakan sensor Sony IMX852 50MP sebagai kamera utama yang dipadankan dengan kamera monokrom 2MP. realme turut menyertakan beberapa ciri fotografi berasaskan AI termasuk AI Portrait Glow yang mampu melaras pencahayaan subjek secara automatik menerusi empat mod berbeza iaitu Flash, Studio Light, Natural Light dan Rim Light.

    Peranti juga hadir dengan teknologi LumaColor IMAGE yang dikatakan mampu menghasilkan tona kulit lebih natural dalam gambar. Selain itu, ia menggunakan skrin LCD HD+ bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan tahap kecerahan puncak sehingga 1200 nits. Kamera swafoto 16MP pula ditempatkan dalam lubang tebuk di tengah paparan manakala pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa di sisi peranti.

    realme 16T dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan sistem operasi realme UI 7.0 berasaskan Android. Namun, realme masih belum mendedahkan tempoh sokongan kemas kini perisian untuk peranti ini. Untuk ketahanan, realme 16T dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber bersaiz 5300mm² selain menerima pensijilan MIL-STD-810H.

    Ia turut hadir dengan penarafan IP66, IP68, IP69, IP69K dan IP69 Pro untuk perlindungan air serta habuk. Turut tersedia ialah slot microSD yang menyokong storan tambahan sehingga 2TB. realme 16T ditawarkan dalam pilihan warna Aurora Green, Starlight Black dan Starlight Red. Model ini hadir dalam tiga varian iaitu 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB.

    Di India, harga jualan bermula sekitar INR29,999 (~RM1,500). Sama-sama kita nantikan pengumuman realme jika ia akan tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia kelak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...