More

    realme bakal lancar produk Dizo pertama pada 1 Julai ini

    Pada bulan lalu, realme telah perkenalkan jenama AIoT baru mereka, Dizo, yang akan menfokuskan kepada gajet rumah pintar, aksesori dan lain-lain. Kini, jenama tersebut sudah hampir sedia untuk pelancaran produk pertamanya yang akan berlangsung pada 1 Julai ini.

    Mengikut sumber dalam talian, Dizo bakal melancarkan beberapa produk mereka termasuklah Dizo GoPods, GoPods D dan Dizo Watch. Produk ini adalah realme Buds Air 2, Buds Q2 dan Watch 2 yang hadir dengan reka bentuk luaran yang sedikit berbeza.

    Selain dari itu, Dizo juga dikhabarkan akan perkenalkan pembesar suara Bluetooth dan robot vakum.

    Buat masa ini, jenama Dizo hanyalah tertumpu untuk pasaran India sahaja. Tiada lagi berita mengenai kedatangan jenama ini di pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan jenama Dizo ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured