More

    realme C65 dilancar: Helio G85, LCD 6.67″ dan kamera 50MP bermula ~RM706

    realme C65 telah dilancarkan di Vietnam selepas selepas beberapa imej promosi didedahkan, menawarkan pilihan mesra bajet dengan spesifikasi dan reka bentuk yang mengingatkan telefon Samsung Galaxy S22.

    Dengan kemasan berkilat dan pulau kamera segi empat di bahagian belakang, peranti ini adalah telefon ternipis dalam segmennya pada 7.64mm dan berat 185 gram. Bahagian hadapannya mempamerkan panel LCD 6.67 inci dengan resolusi HD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz, menampilkan potongan lubang tebuk di tengah yang menempatkan kamera swafoto dan teknologi Mini Capsule 2.0 realme.

    Dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85, realme C65 hadir dengan RAM sehingga 8GB dan storan 256GB. Persediaan kamera belakangnya terdiri daripada sensor utama 50MP bersama lensa AI manakala bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 8MP. Peranti ini mempunyai bateri 5,000mAh yang cukup besar dengan sokongan untuk pengecasan pantas berwayar 45W.

    Ciri yang ketara termasuk Bluetooth 5.0, bicu fon kepala 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi dan penarafan kalis air dan habuk IP54. Tersedia dalam pilihan warna Purple Nebule dan Black Milky Way, realme C65 ditawarkan dalam tiga konfigurasi storan dengan harga yang sepadan iaitu 6GB + 128GB untuk 3,690,000 VND (~RM706), 8GB + 128GB untuk 4,290,000 VND (~RM821) dan 8GB + 256GB untuk 4,790,000 VND (~RM916).

    Jualan pertama telefon pintar bajet ini dijadualkan pada 4 April 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...