More

    realme GT Neo3 akan dilancar pada Mac 2022, akan dilengkapi cas pantas 100W

    Pada hari ini, ketua pegawai pemasaran (CMO) realme Xu Qi Chase mengumumkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan realme GT Neo3 bakal dilancar pada bulan ini. Beliau membuat pengumuman tersebut di Weibo, di mana beliau berkongsi sebuah poster yang menunjukkan rekaan telefon itu secara ringkas.

    Berdasarkan poster yang dikongsi, realme GT Neo3 bakal mempunyai bonggol kamera berbentuk petak yang menempatkan tiga kamera dan satu lampu kilat. Terdapat juga sebaris teks yang mengesahkan kehadiran penstabilan imej optikal (OIS) dalam telefon ini.

    realme GT Neo3 telah pun disahkan bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 dan pengecasan pantas 100W. Menurut data daripada Geekbench dan TENAA pula, ia bakal ditawarkan dalam dua varian utama dengan nombor model RMX3560 dan RMX3562.

    Perbezaan utama di antara dua telefon ini adalah pada pada bateri dan kadar pengecasannya, di mana RMX3560 akan dilengkapi bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 150W, manakala RMX3562 pula dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 80W.

    realme GT Neo3 dalam TENAA

    Telefon ini juga mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.7 inci dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, sistem operasi Android 12, RAM 8 atau 12GB dan storan 128, 256 atau 512GB.

    Kameranya mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

    Jika anda lebih berminat dengan realme GT Neo2, ia telah dilancar pada November 2021 lalu dan dijual pada harga bermula RM1,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT Neo3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...