More

    realme sedang menghasilkan alternatif MagSafe, mungkin hadir dengan nama MagDart!

    Terbaru, penyenaraian di European Union Intellectual Property Office (EUIPO) menunjukkan bahawa realme kini sedang menghasilkan alternatif untuk pengecas wayarles MagSafe dari Apple. Yang lebih mengejutkan, ia hadir dengan nama MagDart, nama yang hampir seperti yang asal.

    Apa pun, penyenaraian tersebut hanyalah mengesahkan bahawa produk MagDart ini adalah pengecas wayarles untuk telefon pintar. Tiada informasi lain mengenai MagDart ini dan ia masih menunggu pelepasan dari badan pensijilan.

    Untuk pengetahuan anda, realme sudah pun menggunakan nama ‘Dart’ untuk beberapa pengecas sedia ada mereka. Hal ini mungkin boleh menjadi berita baik kepada pengguna yang inginkan produk MagSafe tetapi dengan harga yang lebih berpatutan.

    Jadi, adakah anda gembira dengan produk ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured