Siri telefon pintar realme X7 akan dilancarkan pada hari esok (1 September) namun ia mungkin bukan satu-satunya siri produk yang dilancarkan. Menurut sumber, realme mungkin akan melancarkan realme V3 5G di samping realme X7 dan realme X7 Pro, menjadikan jumlah produk yang dilancarkan kepada tiga.
Ketiga-tiga telefon pintar akan dilengkapi cipset MediaTek 5G, di mana realme V3 mungkin akan menjadi telefon pintarnya yang termurah. Salah satu telefon tersebut akan dijual pada harga CNY1,000 (~RM608).
Menurut maklumat daripada TENAA, realme V3 akan dilengkapi skrin IPS 6.52 inci dengan resolusi HD+, bateri 4,890mAh, pengecasan 18W, cipset MediaTek Dimensity 720, kamera 13MP+2MP+2MP, kamera swafoto 8MP dan varian memori 4GB+64GB, 6GB+64GB serta 8GB+128GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tiga produk realme yang akan dilancarkan esok dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina







