fbpx
More

    Redmi Note 10 versi 5G sudah melepasi kelulusan, dilancar dalam waktu terdekat

    Xiaomi sudah melancarkan siri Redmi Note 10 versi 4G di pasaran global termasuk Malaysia. Terkini, Redmi Note 10 5G dilapor bakal dilancar di pasaran China dalam waktu terdekat.

    Peranti ini masih tidak diketahui namanya, namun ia dirujuk sebagai Redmi Note 10 5G memandangkan ia memiliki spesifikasi yang lebih kurang sama dengan siri Redmi Note 10 4G yang sudah dilancar. Menurut sumber, peranti ini telah melepasi TENAA dengan bateri 5000mAh, cas pantas 22.5W, kamera utama 48MP dan skrin LCD 90Hz berukuran 6.5 inci.

    Peranti ini disifatkan sebagai salah buah peranti 5G dengan harga berpatutan. Berikut adalah gambar melalui TENAA yang didakwa sebagai Redmi Note 10 5G.

    Kami tidak pasti sama ada peranti ini bakal dilancar di Malaysia dengan nama lain atau tidak. Terdahulu, beberapa model dalam siri Redmi Note 9 untuk pasaran China ada dilancar di pasaran global sebagai Redmi 9T.

    Adakah anda berminat dengan peranti 5G, atau Redmi Note 10 dengan sokongan 4G sudah mencukupi? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digital Chat Station

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X