More

    RedmiBook 15 dilancar di Malaysia: Promosi awal bermula RM1,899 pada 6 hingga 30 Jun 2022

    Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan keluaran RedmiBook 15 yang akan mula berada dalam pasaran mulai 6 Jun pada harga bermula RM 2,399.

    RedmiBook 15 membawa reka bentuk kelabu arang yang nipis dan bergaya. Ia menggunakan panel 15.6 inci dengan paparan antisilau FHD 1,920 x 1,080p yang menyokong peredupan (dimming) DC dan bebas kelipan (flicker-free) walaupun pada tahap kecerahan rendah.

    Komputer riba ini menggunakan Microsoft Windows 11 Home dengan kemas kini OTA (over the air) sepanjang hayat. Pad sentuh 126 mm x 82.6 mm disokong oleh Microsoft PTP dengan ketepatan sentuhan yang tinggi. Kapasiti bateri 46Whr mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. Ia boleh bertukar kepada mod operasi senyap atau seimbang melalui kekunci gabungan Fn+K.

    Daripada segi hubungan, RedmiBook 15 boleh disambungkan dengan Wi-Fi dwijalur, Bluetooth, port I/O termasuk USB 3.0, HDMI 1.4, pembaca kad Realtek RTS5176 dan bicu audio. Peranti ini mempunyai pembesar suara stereo 2W dengan penalaan DTS untuk panggilan video dan kamera HD 720p bagi audio yang jelas.

    RedmiBook 15 i3 bagi varian 8GB+256GB berharga RM 2,399  dan RedmiBook 15 i5 untuk varian 8GB+512GB pada harga RM 2,799. Kedua-dua varian boleh didapati di semua kedai Xiaomi sah di Malaysia serta dalam talian di kedai rasmi seperti Lazada dan Shopee.

    Untuk masa terhad, RedmiBook memberikan harga istimewa awal iaitu RM 1,899 untuk RedmiBook 15 i3 dan RM 2,499 untuk RedmiBook 15 i5. Mereka yang membeli di kedai Xiaomi sah akan menerima beg Mi Casual (bernilai RM 69) secara percuma sementara stok masih ada.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured