fbpx
More

    Reka bentuk dan spesifikasi Samsung Galaxy M22 tertiris dalam talian

    Sebelum ini, kami melaporkan telefon pintar Samsung Galaxy M32 5G yang hadir dengan cipset Mediatek Dimensity 720. Kini, butiran mengenai ‘adik’nya, Samsung Galaxy M22 pula telah muncul dalam talian.

    Melihat kepada gambar yang tertiris, ia dilihat seperti Galaxy A22 dan Galaxy F22 yang mempunyai panel belakang bergaris halus. Peranti ini mempunyai beberapa pilihan warna termasuklah hitam, biru dan putih.

    Untuk spesifikasi pula, ia mungkin hadir dengan skrin 6.4 inci HD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan takuk titisan air. Peranti ini juga menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan sebuah sensor kedalaman.

    Tambahan lagi, ia akan dikuasai oleh cipset Helio G80 bersama RAM 4GB dan storan 128GB. Ia dijangka akan mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Galaxy M22 dikhabarkan akan dijual sekitar €240 (~RM1,188) untuk pasaran Eropah.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X