More

    Reka bentuk dan spesifikasi siri vivo S16 didedah, bakal dilancar pada 22 Disember ini

    vivo sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar siri vivo S16 di China yang terdiri daripada vivo S16, S16 Pro dan S16e pada 22 Disember ini. Syarikat itu telah mengeluarkan beberapa imej menunjukkan reka bentuk luaran siri vivo S16.

    Laporan baharu mendedahkan reka bentuk lengkap ketiga-tiga telefon pintar dan pilihan warnanya. Bermula dengan model S16e, ia membawa skrin rata dengan bezel nipis dan potongan lubang tebuk di tengah menempatkan kamera swafoto. 

    vivo S16e

    Di bahagian belakang terdapat tri-kamera bersama flash LED bulat yang diletakkan sekali pada dataran kamera segi empat. Peranti ini akan hadir dalam pilihan warna lavender/ungu, hijau cyan dan hitam.

    Seterusnya, model S16 dan S16 Pro akan menampilkan paparan, bahagian sisi dan bahagian belakang melengkung. Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai bezel pada bahagian atas dan bawah yang nipis, potongan lubang tebuk di tengah untuk kamera swafoto dan kamera belakang yang kelihatan sama seperti S16e.

    vivo S16 Pro
    vivo S16

    S16 akan hadir dalam warna emas, hitam dan hijau manakala S16 Pro menawarkan pilihan warna hijau dan hitam. Menurut laporan, S16 Pro akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200, RAM LPDDR5 sehingga 12GB, storan UFS 3.1 256GB dan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

    Bukan itu sahaja, ia dijangka menggunakan paparan AMOLED 6.78 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, resolusi FHD+ 2400 x 1080 piksel dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. 

    Konfigurasi tri-kamera peranti ini terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera swafotonya membawa sensor 50MP. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari bawah paparan, berat kira-kira 183 gram dan dimensi 164×74.8×7.4mm.

    Kami masih tidak ketahui mengenai keluaran global. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...