More

    Reka bentuk Redmi Pad didedah, mungkin tampilkan skrin LCD 11.2″, bateri 7,800mAh dan kamera 8MP

    Selain siri telefon pintar 12T, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan tablet baharu di bawah jenama Redmi iaitu Redmi Pad. Namun, tablet itu dijangka hadir pada bulan Oktober dan bukan pada minggu ini dengan telefon pintar baharu. Xiaomi Kuwait telah memuat naik satu imej mendedahkan keseluruhan reka bentuk belakang tablet yang akan datang.

    Redmi Pad membawa pilihan warna Mint Green, Graphite Grey dan Moonlight Silver. Ia mempunyai dua konfigurasi memori iaitu 3/64GB dan 4/64GB. Ia dijangka menampilkan skrin LCD 11.2 inci, MIUI Pad 13 berasaskan Android 12, bateri 7,800mAh dengan pengecasan pantas 22.5W dan kamera 8MP di belakang tanpa flash LED. 

    Tambahan pula, resolusi skrin dikatakan setinggi “2K” dan mungkin mempunyai pembesar suara quad. Ia dilaporkan akan dikuasakan oleh cipset MediaTek MT8781, cip jarak pertengahan dengan 2x Cortex-A76 (2.2GHz) dan 6x Cortex-A55 (2.0GHz) dan Mali-G57 MC2

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured