More

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian bekalan semikonduktor tempatan pada tahun yang sama.

    Timbalan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan bahawa syarikat tempatan menerima akses teknologi dan kebenaran daripada pihak ARM melalui token kerjasama. Proses pembangunan reka bentuk cip ini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum produk pertama dapat dikeluarkan.

    Salah satu token telah diserahkan kepada sebuah syarikat tempatan pada tahun lepas yang membolehkan reka bentuk cip berkenaan siap menjelang 2028. Kerajaan mengesahkan surat tawaran telah diberikan kepada dua syarikat tempatan iaitu Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd.

    Kedua-dua syarikat mendapat akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem serta program Arm Flexible Access. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi semikonduktor di Malaysia.

    Kerajaan turut menekankan aktiviti pembuatan cip mesti dijalankan di dalam negara berserta syarat pengambilan jurutera tempatan berkemahiran tinggi. Langkah ini diambil bagi memastikan nilai tambah yang dihasilkan memberi impak menyeluruh kepada industri tempatan.

    Bagi peruntukan token seterusnya, beberapa syarikat lain kini sedang dinilai oleh jawatankuasa teknikal di peringkat kerajaan dan pihak Arm Ltd. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Edge

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...