More

    Rekaan Samsung Galaxy A03s tertiris, dilengkapi tiga kamera dan skrin Infinity-V

    Samsung telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A02s pada tahun lepas dan kini mereka bakal menghasilkan penyambung kepada telefon tersebut iaitu Samsung Galaxy A03s. Rekaan awal untuk telefon tersebut telah pun tertiris dan menunjukkan beberapa spesifikasi utama.

    Rekaan tersebut menunjukkan pengimbas cap jari di bahagian sisi, tiga kamera, bicu audio 3.5mm dan port USB-C. Ini merupakan perubahan yang amat bagus kerana Galaxy A02s sebelum ini hanya dilengkapi port microUSB dan tidak mempunyai pengimbas cap jari.

    Skrin Infinity-V pada Galaxy A03s berukuran 6.5 inci dengan sebuah kamera swafoto yang diletakkan dalam takuk (notch) di bahagian tengah atas skrin. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 12MP dan dua lagi kamera 2MP, mankala di hadapan pula adalah kamera swafoto 5MP.

    Kongsi pendapat anda tentang peranti ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...