More

    ROG Strix XG17 – Monitor ‘gaming’ mudah alih yang menarik tetapi mahal

    Jika perkara pertama yang melintasi fikiran anda ialah “Kecilnya monitor ni!”, anda memang betul. ROG Strix XG17 ini dipasarkan sebagai sebuah monitor gaming mudah alih. Siapa yang perlukan monitor gaming mudah alih ini dan kenapa? Jadi untuk menjawab soalan tersebut, kami telah menggunakan peranti ini selama 2 minggu dan dalam artikel ini, kami akan memberitahu kelebihan dan kelemahan ROG Strix XG17 yang anda perlu tahu. Tanpa membuang masa, ini adalah ulasan pantas untuk monitor gaming mudah alih ROG Strix XG17.

    Pertama sekali, di dalam kotak monitor gaming mudah alih ini, anda akan dapat sebuah monitor gaming ROG Strix XG17, pendiri ROG (ROG Stand), ROG Smart Cover, kabel HDMI ke microUSB, kabel USB-C ke USB-C dan pelbagai palam untuk kegunaan di negara-negara yang berlainan. Sedikit pelik, ASUS tidak memberikan kabel USB-A ke USB-C yang digunakan bersama penyesuai kuasa (power adapter), jadi anda perlu mendapatkannya sendiri. Anda juga akan dapat beg sandang untuk monitor ROG Strix XG17 ini.

    Reka bentuk yang kemas dan ringkas dengan saiz panel 17.3 inci
    (Kiri) Butang kuasa, butang volume, dan butang tetapan. (Kanan) Port HDMI, dua port USB-C dan bicu audio 3.5mm
    ROG Smart Cover, ROG Stand, dan pelbagai jenis palam kuasa
    ROG Smart Cover yang memegang monitor dengan magnet
    ROG Stand yang boleh dilipat
    Pembesar suara pada bahagian bawah monitor
    Bag sandang dengan logo ROG
    Kabel HDMI ke microUSB, kabel USB-C ke USB-C

    Peranti ini mempunyai dua cara pemasangan bergantung kepada keselesaan anda. Anda boleh menggunakan ROG Smart Cover untuk penggunaan mudah alih yang lebih mudah ataupun gunakan ROG Stand jika anda ingin letakkan monitor ini di tempat yang sama dengan lama seperti di rumah dan di tempat kerja. Anda juga boleh membina profil gaming anda yang tersendiri dengan ciri GameVisual yang hadir dengan 8 mod berbeza iaitu mod Scenery, Racing, Cinema, RTS, RPG, FPS, MOBA dan mod sRGB.

    Untuk spesifikasi pula, monitor gaming ini hadir dengan skrin FullHD beresolusi 1920 x 1080, kadar segar semula 240Hz, kadar respons 3ms, dan bateri gergasi 7,800mAh. Ya betul, anda boleh bermain game tanpa penyesuai kuasa (power adapter). Selain daripada menghubungkan monitor ini dengan komputer riba dan konsol gaming, anda juga boleh menghubungkan dengan telefon pintar yang serasi seperti ROG Phone melalui kabel USB-C ke USB-C.

    Bercakap tentang prestasi grafik skrinnya pula, ia dilihat mempunyai ketajaman dan butiran yang sangat bagus. Warnanya juga dilihat tepat dan terang. Kualiti skrin ketika bermain game juga sangat baik, namun kami perasan ada sedikit kelewatan (lag) jika anda menghubungkan monitor ini dengan komputer riba kelas permulaan. Jadi, anda perlu gunakan komputer riba berkuasa tinggi untuk prestasi monitor yang terbaik.

    Gambar dari video 4K yang sangat menawan
    Representasi warna dan kontras yang bagus
    Warna yang tepat dengan 100% sRGB
    Bermain The Witcher 3 dengan grafik tertinggi dan 120Hz, tiada ‘screen tearing’
    Tiada masalah untuk game seperti Doom Eternal

    Walaupun tidak diberitahu di dalam laman webnya, kami jangkakan monitor ini mempunyai ciri penambahbaikan grafik yang tersendiri. Contohnya, pengalaman sewaktu bermain Pokemon Sword di Nintendo Switch menggunakan monitor ini terasa sedikit berlainan berbanding sewaktu bermain Doom Eternal di komputer riba gaming ASUS TUF. Monitor ini sangat seronok digunakan untuk menonton video kerana ia hadir dengan palet warna 100% sRGB.

    Jangka hayat bateri monitor ini adalah sangat bagus. Selepas bermain Doom Eternal selama 2 jam dan menonton video anime selama sejam, bateri ROG Strix XG17 ini hanya berkurangan kepada 56% dengan tetapan monitor 120Hz sepanjang masa. Dalam kata yang lain, anda boleh menggunakan monitor ini untuk bermain game di rumah kawan anda selama lebih kurang 6 jam dengan bateri yang penuh (bergantung kepada tetapan anda).

    Bateri monitor selepas penggunaan selama 3 jam
    ROG Strix XG17 yang disambungkan ke Nintendo Switch

    Selain dari ciri mudah alih, prestasi grafik dan hayat bateri juga menjadi kelebihan monitor gaming ini. Jadi, bagaimana dengan harganya pula? ASUS Malaysia tidak meletakkan harga rasminya di laman web mereka, tetapi berdasarkan laman web penjual dalam talian yang sah, harga peranti ini adalah antara RM1998 hingga RM2689. Kami boleh ringkaskan harganya yang mahal adalah kekurangan ROG Strix XG17.

    "
    "

    Pada harga tersebut, anda boleh membeli monitor gaming yang lain yang mempunyai ciri yang hampir sama atau lebih hebat dengan sangat mudah. Akhir kata, monitor ini sesuai dibeli untuk pengguna yang tertentu sahaja. Jika anda adalah pro-gamer yang selalu bergerak ke lokasi yang berbeza, monitor ini mungkin berguna untuk anda.

    Spesifikasi ROG Strix XG17

    • Skrin mudah alih 17.3 inci Full HD
    • kadar segar semula 240Hz, kadar respons 3ms
    • Bateri dalaman 7,800 mAh
    • Ciri Adaptive-Sync, kalis silau, 100% sRGB, Quick Charge 3.0, USB Power Delivery 3.0, built-in ESS 9118 digital-to-analogue (DAC)
    • Port USB-C, port mirco-HDMI, bicu audio 3.5mm
    • Saiz 399.09 x 250.51 x 9.95mm
    • Berat 1.05kg

    Kelebihan dan kelemahan

    Kelebihan: Sangat sesuai untuk dihubungkan dengan konsol gaming, prestasi grafik yang mantap, jangka hayat bateri yang tahan lama dan saiz yang mudah untuk dibawa ke tempat lain.

    Kelemahan: Agak mahal dan jatuh ke pasaran yang khusus (niche)

    Konklusi: Monitor gaming ini sesuai untuk pengguna yang selalu bergerak ke tempat lain untuk bermain game.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...