More

    Samsung Galaxy Book Flex 5G tertiris di dalam sebuah iklan video, hadir dengan skrin QLED dan S Pen

    Pada tahun lepas, Samsung telah melancarkan Galaxy Book Flex dan Galaxy Book Ion sebagai komputer riba pertama di dunia dengan skrin beresolusi QLED dan tahun ini pula, Samsung dijangka akan melancarkan varian 5G untuk komputer riba ini setelah Samsung memfailkan tanda dagangan peranti ini pada awal bulan yang lepas.

    Sumber terbaru dari media sosial Twitter telah membocorkan sebuah iklan video yang menunjukkan reka bentuk dan ciri terbaru yang akan hadir pada Samsung Galaxy Book Flex 5G.

    Dalam video ini, Samsung dilihat mempersendakan komputer riba pesaingnya yang masih menggunakan ciri-ciri yang lama dan kurang produktif berbanding komputer riba terbaru mereka. Komputer riba terbaru dari Samsung ini dilihat akan menyokong 5G dan S Pen, hadir dengan skrin beresolusi QLED dan menggunakan cipset Intel.

    Samsung dijangka akan melancarkan generasi kedua Galaxy Book ini pada acara Samsung Developer Conference (SDC) 2020 yang akan diadakan tidak lama lagi.

    Bagaimana dengan komputer riba yang terbaru dari Samsung ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured