More

    Samsung Galaxy Fit 2 dilancarkan dengan ciri kalis air IP68, bateri 3 minggu, berharga ~RM234

    Samsung telah melancarkan produk pengesan kecergasan terbaru mereka iaitu Galaxy Fit 2, pengganti kepada Galaxy Fit yang telah memasuki pasaran pada tahun lepas. Peranti ini dijual pada tanda harga €47.76 (~RM234) di pasaran Eropah, harga yang jauh lebih murah berbanding Galaxy Fit yang dijual pada harga €99 (~RM485) sebelum ini.

    Dari segi reka bentuk, ia dilihat hampir sama seperti Galaxy Fit generasi pertama. Ia menggunakan tekstur beralur untuk membantu mengurangkan peluh sewaktu memakainya. Pengesan ini diperbuat daripada plastik dan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan merah.

    Untuk spesifikasi pula, peranti ini hadir dengan ciri kalis air IP68, berat 24g, skrin AMOLED 1.1 inci dengan resolusi 126X294 serta bateri 159mAh yang dapat bertahan sehingga 3 minggu penggunaan. Jika anda mengaktifkan ciri pemantauan degupan jantung yang berterusan (continuous heart-rate monitoring), hayat bateri akan berkurang ke 15 hari penggunaan dengan bateri yang penuh.

    Galaxy Fit 2 ini menyokong Bluetooth 5.0 dan akan mula dijual di Eropah bermula bulan Oktober ini. Buat masa ini, Samsung belum lagi mengumumkan harga untuk pasaran-pasaran yang lain.

    Adakah anda teruja dengan berita mengenai Galaxy Fit 2 ini? Kongsikan di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : AndroidHeadlines

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...