More

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model dikuasakan oleh pemproses Snapdragon Wear Elite Platform (Qualcomm SDW6100 3nm penta-core) dan menjalankan sistem operasi One UI 9 Watch berasaskan Wear OS 7.

    Pengguna peranti Galaxy dengan One UI 9 juga boleh mengurus diagnostik jam, permohonan pembaikan dan perkhidmatan Samsung Care+ secara terus melalui menu tetapan peranti. Galaxy Watch Ultra2 direka khas untuk aktiviti luar dengan bodi titanium yang 12 peratus lebih nipis manakala kapasiti baterinya dipertingkat 35 peratus kepada 800mAh.

    Ia hadir dengan paparan Super AMOLED 1.52 inci bersalut Sapphire Crystal yang menyokong kecerahan puncak sehingga 5,000 nits, pensijilan selaman EN13319, penjejakan laluan Trail Run dan panduan penghidratan Nutrition Alert. Aplikasi khusus Ultra2 Diving hasil kerjasama dengan Mares turut dijadualkan pengenalannya lewat tahun ini.

    Galaxy Watch9 pula menggunakan bodi aluminium ringan dengan skrin AMOLED bersaiz sehingga 1.47 inci dan kecerahan puncak 3,000 nits. Ia mengekalkan rekaan bentuk cushion dan ditawarkan dalam dua saiz iaitu 40mm dan 44mm berserta pilihan sambungan Bluetooth atau LTE. Menariknya, kedua-dua peranti dilengkapi Samsung BioActive Sensor, amaran Vitals, Heart Health Score, Daily Cardio Load dan amaran perlindungan pendengaran.

    Pembeli awal yang membuat tempahan Galaxy Watch Ultra2 akan menerima baucar kasut HOKA Clifton Pro bernilai RM729 dan set hadiah Special Adventure Pack yang mengandungi Peakform Band, pengecas 25W, bank kuasa 10,000mAh dan Performance Running Armband. Pembelian kedua-dua model turut layak mendapat percubaan percuma Strava selama 60 hari, baucar pendaftaran minat bernilai RM120, serta diskaun PWP sehingga 30 peratus untuk tali jam atau 10 peratus jika dibeli bersama peranti terpilih Galaxy Z atau S.

    Di Malaysia, Galaxy Watch Ultra2 (47mm LTE) dijual pada harga RM3,399 manakala Galaxy Watch9 ditawarkan pada harga RM1,499 (40mm Bluetooth), RM1,799 (40mm LTE), RM1,599 (44mm Bluetooth) dan RM1,899 (44mm LTE). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...