Buat masa sekarang, kebanyakan orang pasti tahu mengenai Android dan iOS. Kini, Google dan Samsung sedang mengusahakan Fuchsia untuk kegunaan telefon pintar pada masa hadapan.
Menurut Sammobile, Samsung mungkin tidak lagi menggunakan Android dan bertukar kepada Fuchsia iaitu sistem pengendalian baharu Google yang berasaskan kernel Zirkon. Samsung dikatakan telah menyumbang kepada pembangunannya, yang memungkin Samsung untuk berpindah OS.
Namun, beberapa perkara boleh berlaku seperti Google beralih sepenuhnya daripada Android kepada Fuchsia kerana penggunaan sumber yang lebih rendah dan skalabiliti yang lebih besar. Fuchsia juga boleh digunakan sebagai OS berasingan untuk kategori produk terpilih seperti peranti rumah pintar sama seperti Chrome OS pada Chromebook. Akhir sekali, Fuchsia boleh berfungsi sebagai ‘lapisan’ bebas pada Android OS untuk menjadikannya lebih lancar.
Agak sukar untuk memastikan Fuchsia menggantikan Android pada Samsung pada masa hadapan. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Sammobile







