Site icon TechNave BM

Samsung tawarkan promo Beli 1 Percuma 1 untuk Galaxy S23 hingga 31 Mac 2023

Jika anda bercadang untuk membeli Samsung Galaxy S23 Ultra tidak lama lagi, Samsung Malaysia mengadakan promo Beli 1 Percuma 1 dari 24 Februari 2023 hingga 31 Mac 2023

Anda boleh menukar Samsung Galaxy Note 20 Ultra, Samsung Galaxy S21 Ultra atau Samsung Galaxy S22 Ultra anda, kemudian beli varian storan Samsung Galaxy S23 Ultra 256GB dan anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S23 serba baharu secara percuma.

Selain terma dan syarat yang harus diikuti, anda oerlu menambah sedikit nilai sekiranya menukar Samsung Galaxy Note20 Ultra sebanyak RM399 atau Samsung Galaxy S21 Ultra pada RM199. 

Hanya mereka yang menukar Samsung Galaxy S22 Ultra akan mendapat Samsung Galaxy S23 serba baharu secara percuma sebagai tambahan kepada Samsung Galaxy S23 Ultra 128GB. Promo ini juga hanya disediakan di Samsung Experience Store yang sah. 

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi ini di laman web rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version