More

    Sejarah perbualan WhatsApp kini boleh dipindahkan dari iOS ke telefon Samsung

    Pada hari pelancaran rasmi Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, pihak WhatsApp telah mempertimbangkan rancangannya untuk menyokong pemindahan sejarah perbualan dari iOS ke peranti Samsung yang beroperasi menggunakan Android 10 atau 11.

    Ciri tersebut akhirnya telah diumumkan oleh pihak Whatsapp dan kini anda boleh melakukan pemindahan sejarah perbualan dari iPhone kepada telefon Samsung dengan syarat ianya beroperasi menggunakan Android 10 atau 11.

    Untuk mengeksport sejarah perbualan dari peranti iOS ke Android, anda perlu menyambungkan kedua-dua peranti dengan menggunakan kabel. Peranti Android juga perlu membuat factory setting terlebih dahulu. Seterusnya, ikuti arahan daripada Samsung Smart Switch untuk mengimport data. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik sini.

    Perlu diingatkan bahawa maklumat akaun, foto profil, perbualan individu, perbualan kumpulan, sejarah perbualan, media dan tetapan semuanya akan dipindahkan. Walau bagaimanapun, sejarah panggilan dan nama paparan di profil anda tidak termasuk dalam proses pemindahan ini.

    Adakah anda berminat dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured