More

    Selangor sasar guna tenaga nuklear dalam tempoh 5 tahun lagi

    Negeri Selangor mensasarkan untuk mula mengadaptasi tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada sumber tenaga negeri dalam tempoh lima tahun, menurut Menteri Besar Amirudin Shari di sidang Dewan Undangan Negeri.

    Ia kini dalam peringkat awal dengan usaha membangunkan kepakaran teknikal, menghantar pegawai untuk mengikuti latihan berkaitan nuklear dan menjalinkan kerjasama dengan institusi akademik seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Tambahnya, walaupun tenaga nuklear masih kurang diterokai di Malaysia, langkah ini penting kerana kebergantungan kepada sumber fosil seperti gas dan arang batu tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga jangka panjang.

    Beliau turut memaklumkan bahawa minat terhadap bidang nuklear dalam kalangan pelajar tempatan masih rendah dan menyebabkan sebahagian daripada mereka memilih untuk melanjutkan pengajian di luar negara seperti di Tsinghua University, China.

    Namun, beberapa cabaran utama turut dibangkitkan termasuk aspek keselamatan, risiko kebocoran, persepsi awam dan keperluan kepada standard serta pengawasan yang ketat sebelum pelaksanaan sebenar dapat dilakukan. Selangor boleh mengambil contoh seperti Jerman dalam mengurus teknologi ini secara bertanggungjawab.

    Dalam tempoh terdekat, Selangor dijangka meneruskan pembangunan kerangka kerjasama akademik, latihan teknikal, kajian ketahanan dan pemilihan tapak selain melibatkan masyarakat bagi meningkatkan pemahaman terhadap teknologi nuklear.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Sun

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured