More

    Selepas PopCat, kini PopDog pula curi perhatian netizen Malaysia

    Baru-baru ini, terdapat sebuah laman web yang popular di kalangan pengguna media sosial tempatan iaitu PopCat di mana ia netizen boleh menekan pada gambar mulut kucing untuk mendapatkan mata. Kini, Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak “menekan” mulut kucing tersebut di mana kita berada pada tangga ketiga.

    Kini, sebuah lagi laman web serupa telah mencuri perhatian netizen Malaysia dan kali ini ia melibatkan gambar anjing iaitu PopDog. Mekanisme laman web ini adalah serupa dengan PopCat, namun muka anjing itu hanya akan senyum sedikit apabila ia ditekan.

    Serupa dengan PopCat, netizen Malaysia sekali lagi mendemonstrasikan kehebatannya dalam trend seperti ini, di mana ia telah pun mencapai ranking kedua tertinggi pada waktu artikel ditulis. Tangga pertama adalah Thailand dengan 1 bilion klik, manakala Malaysia pula adalah 412 juta klik.

    Biskut anjing kadang-kala muncul dalam skrin, di mana ia akan menawarkan gandaan markah sebanyak 10x jika ia ditekan

    Satu perkara yang unik tentang PopDog adalah kehadiran biskut anjing yang kadang-kala muncul pada skrin. Jika pemain menekan pada biskut ini, mereka boleh mendapatkan gandaan markah sebanyak 10 kali ganda untuk masa terhad. Mekanisme ini mungkin telah membuatkan markah yang dijana dalam PopDog menjadi jauh lebih tinggi berbanding PopCat.

    Laman web PopCat telah dibina oleh beberapa saintis komputer dari University of Sheffield iaitu Joshua Rainbow, Edward Halls dan Freddy Heppell. Ia sekadar dibuat secara suka-suka pada Disember 2020, namun ia menjadi semakin tular bermula April tahun ini. Untuk laman web PopDog pula, pembinanya masih tidak diketahui.

    Apakah pendapat anda tentang trend PopCat dan PopDog ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...