More

    Semua penerbit filem harus memohon lesen FINAS walaupun untuk kandungan media sosial

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengatakan bahawa semua penerbitan filem sama ada daripada agensi media atau penerbitan media individu harus memohon lesen sebelum memulakan penggambaran.

    Menurut beliau, di bawah Akta Filem Nasional (FINAS), penerbit harus memohon lesen Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) tujuh hari sebelum tarikh penggambaran dan ini termasuklah kandungan filem untuk media sosial.

    Apabila ditanya oleh ahli parlimen apakah yang dimaksudkan dengan filem, Datuk Saifuddin mengatakan ini termasuklah filem penuh, filem pendek, filmlet pengiklanan, dokumentari dan sebarang rakaman dalam pita (tape) atau cakera yang diiringi oleh bunyi serta bertujuan untuk disiarkan kepada umum.

    Masih tidak pasti jika kenyataan oleh Datuk Saifuddin ini akan mempengaruhi penciptaan kandungan persendirian dalam media sosial seperti TikTok, YouTube atau Instagram. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured