More

    Sensor kamera Samsung ISOCELL 2.0 dinaik taraf, resolusi mungkin setinggi 200MP

    Untuk kebanyakan pengguna, telefon pintar sudah menjadi peranti kamera mudah alih untuk kemudahan fotografi. Tentunya, telefon pintar dengan keupayaan fotografi yang baik menjadi pilihan. Samsung adalah salah satu alternatif dalam industri ini dan ia kini dilapor menaik taraf sensor ISOCELL 2.0.

    Menurut Samsung, ISOCELL generasi pertama menggunakan grid besi di antara tapisan warna untuk memisahkan mereka. Namun, bahan yang digunakan sebelum ini menyebabkan tapisan tersebut menyerap cahaya yang kemudiannya menghasilkan optikal yang tidak baik. ISOCELL 2.0 telah menyelesaikan isu ini dengan menambah bahan baharu yang lebih baik.

    Sensor kamera ISOCELL 2.0 memiliki sensitiviti cahaya yang lebih baik, membenarkan piksel untuk menyerap lebih cahaya. Kamera sensor ini mampu mengambil gambar dengan bilangan piksel yang lebih tinggi. Berkemungkinan, ia mampu melebihi rekod 108MP yang ada setakat ini.

    Menariknya, sebelum ini kita sudah dimaklumkan mengenai ura-ura kamera Samsung 150MP dan 200MP sejak tahun tahun lalu. Jadi, tidak mustahil jika ISOCELL 2.0 mampu mencapai tahap 150MP atau 200MP.

    Jika tahun 2021 menyaksikan keupayaan kamera 108MP, tidak mustahil juga tahun seterusnya bakal menyaksikan kehadiran kamera 200MP. Apakah pendapat anda pula? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...